KUCHING: Kerana nikmat s3ks dengan gadis bawah umur, seorang remaja lelaki dicekup polis semalam bagi membantu siasatan kes R090L.
Hubungan itu dipercayai berlaku beberapa kali sebelum ini, dengan “lokasi asmara” adalah di taman rekreasi bersebelahan pusat pentadbiran Wisma Bapa Malaysia di sini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, gadis berusia 14 tahun itu sebelum ini mendakwa telah mengadakan hubungan s3ks dengan lelaki yang dikenali.
“Pada 25 Julai lalu, seorang remaja perempuan berumur 14 tahun mendakwa telah diR090L sebanyak tiga kali oleh seorang remaja lelaki berumur 15 tahun.
Difahamkan, mangsa baharu mengenali suspek pada 2 Jun lalu, sebelum mereka berdua melanjutkan hubungan.
Menurut Ah Lek, laporan polis tersebut telah dibuat oleh ahli keluarga mangsa.
“Bertolak daripada laporan tersebut, pihak kita telah menjalankan siasatan terperinci sebelum menangkap suspek di kediamannya di Kampung Gersik, di sini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Kes3ksaan. –Sarawakvoice