Seorang Wanita Muda di R090L 40 Lelaki Dalam 4 Hari..


NEW DELHI: Bayangkan 110 kes R090L dilaporkan di negara ini dalam sehari.

Wanita bagai tidak selamat di negara 1.2 bilion jiwa ini.

Sepanjang tempoh 2014 hingga 2016 sebanyak 110,333 laporan kes R090L direkodkan di seluruh negara.

Terbaharu, polis India menahan seorang pemilik rumah tetamu dan pengurusnya, selepas seorang wanita mendakwa diberikan dadah dan diR090L kira-kira 40 lelaki selama empat hari, kata pihak berkuasa.

“Dalam satu aduan kepada polis, wanita berusia 22 tahun terbabit berkata, dia dijanjikan pekerjaan di rumah tetamu di negeri Haryana, utara India itu oleh seseorang yang dikenalinya,” menurut agensi berita AFP.

Namun, wanita dikurung, diberikan dadah dan diR090L ramai lelaki selama empat hari, kata pegawai polis kanan, Rajender Kumar Meena kepada AFP yang memetik aduan bertulis mangsa.

“Tiga anggota polis bawahan sudah digantung kerana kelalaian dan gagal memaklumkan kepada pegawai kanan mengenai insiden sensitif itu,” kata Meena lagi. –Sarawakvoice
close
==[ Klik disini 2X ] [ Close ]==